24 November 2011

Harimau Muda dan Helang Merah



ayuu..
 
Ops.. skuad Harimau Muda kalah di tangan skuad Helang Merah? ermmm.. alaaaa.. ciannya.. Xpe, cuba lagi ek. Malaysia boleh! 
Kita tunggu Ahad ni plak ye, di mana skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain.. Apapun, aku rasa puas hati tgk skuad Harimau Muda yang berkerja keras untuk meraih kemenangan. Terutamanya si Khairul Fahmi dan Wan Zack Haikal.. Sebenarnya yang lain2 pun hebat. Kalau xhebat xkan kalah 2-0 je kot. Paling kurang pun mesti 6-0.. hehe..
dan... aku agak respectla dgn penyokong Malaysia ni, sbbnya walaupun kalah diorg tetap memberikan sorakan semangat pada Malaysia.. tp... adala 2 org mamat Malaysia ni yang xpuas hati dgn kekalahan tersebut, (marah sgt2 lah kot) ter.. atau xsengaja... atau sengaja mem..balingkan botol air kat dlm padang. Masa tu perlawanan lum abis lagi. Nak tau apa nasib diorg? haha, kena maki n di.. balingkan balik botol2 air ke diorg oleh penyokong2 Malaysia yg lain.. Dgn muka xbsalahnya mamat 2 org tu bjalan keluar dari stadium. Sbenarnya bukan xbsalah tp takut. Ngeee.. tu lah, lain kali buat lagi. ni kan Malaysia..mana bleh mcm tu.. ish2..




Husbandku yg dh semakin gem.. amir dgn ayu yg sibuk berfb..







 



Ini Ema..
 


dan ini tunang Ema..
 


















21 November 2011

Filem terbaik..... pilihanku..

Aku dan wayang xdapat dipisahkan. cewah.. haha.. yela tu kan. Tapi mmg btul. Menonton wayang adalah hobiku sejak muda lagi. skrg dah tua skit.. sikitje... hehe

Ini antara filem2 terbaik bagi aku.. dan.. kebanyakannya adalah cerita2 mitologi..


Filem Clash of the Titans pernah ditayangkan pada tahun 1981 so, skrgni diorg remake semula dgn tajuk yg sama jugak. Film ini dibuat berdasarkan kisah Perseus yang merupakan mitologi Yunani.  Pelakon utamanya adalah Sam Worthington. Ada pelbagai cabaran yang harus mereka lalui untuk mendapatkan kepala Medusa (wanita berambut ular) sebab dgn kepala Medusa tu ja diorg dpt musnahkan  monster raksasa iaitu Kraken yang dicipta oleh Hades (dewa Alam Roh). Ini adalah antara filem termahal di Hollywood. 4 bintang untuk Clash of The Titans..  :-)


Yang ni plak cerita yang diambil dari kisah benar iaitu perang dunia kedua yang melibatkan Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1941, Pearl Harbour.. Ada masuk dalam buku sejarah ni.. tapi dlm ceritani, diselitkan cerita cinta 3 segi iaitu antara Danny Walker, Rafe McCawley dan Evelyn Johnson. Rafe dan Danny tu kawan baik sejak kecik lagi. diorg sama2 nk jadi Juruterbang. So bila dh besar, cita2 diorg pun tercapai. Masa tu Rafe berkenalanlah dgn Evelyn, dia ni Jururawat kat kem tentera tu. Tgh2 syok bercinta, Rafe dgn sukarelanya nak pergi berperang dan xbalik2. berita kematiannya pun tersebar( masani sdih gila la smua org, terutamanya kekasih hati, si Evelyn tu. Danny pun mulalah ambil alih utk jaga Evelyn. kekasih kwn baik, mestila tlg jaga kan.. Tup-tup diorg plak bercinta. Tapi xslhla sbb Rafe dah mati kan. Hm tp xlama lps tu kan, Rafe blk plak. Mcm mana bleh hidup blk ni. Sbenarnya Rafe xmatipun. Lepas tu, berlakulah pergaduhan antara Rafe dgn Danny, siap bertumbuk2 sampai patah meja2.. Dipendekkan cerita, Amerika Syarikat balas demdan dgn Jepun. Maksudnya diorg serang balik negara Jepun. Akhirnya Danny mati dipangkuan Rafe. Sedih..... Masa tgk ceritani jantung rasa berdebar-debar dan air mata rasa nak mengalirja.. Sedih macam filem Armegaddon dan titanic.. hehe.. 4 bintang tau..


ini adalah filem X-Men. Yang paling best adalah X-men Origin- Walverine. dan yg paling xbest eh xbrapa best, X-Men First Class..  Ini cerita mutan2.. Para mutan ni semua memiliki kemampuan lebih yang tidak dimiliki oleh org biasa. Kemampuan tersebut adalah akibat daripada mutasi genetik dalam mutan tersebut. Kuasa2 yang ada pada mutan2 ni nampak mcm hebat ja. Terutamanya Logan.. ahaks.. i like.. 
4 bintang.. 




Bila sebut Transfomers, sudah tentu semua org akan terbayangkan wajah2 robot yang gagah perkasa tu kan.  Siapa lagi kalau bukan Bumblebee Autobots, Ratchet, Ironhide, Sideswipe dan diketuai oleh Optimus Prime. Ermm kisahnya para Astronot terjumpa bangkai pesawat sewaktu mendarat di Bulan. dan bangkai pesawat tu bkn dari bumi, tapi dari Cybertron.. Rasanya ceritani semua org pun tau kot jalan cita dia. Maksud semua org tu, ramai org la. (Semua mcm xlogik plak sbb mak ayh saya xtau pun. hehe). Apapun pelakon utamanya iaitu Shia LaBeouf tu cute sangat. lalalala.... ermm 4 bintang!



hah, ni cita paling best bagi aku. Iaitu The Lord of The Rings.. "The Fellowship of The Ring, The Two Towers dan The Return of The King.." semua best. Bagi peminat cerita ni mesti masih ingat akan nama Frodo lakonan Elijah wood yang membawa watak seorg hobbit.. Frodoja yg diberi kepercayaan utk menjaga cincin kuno yang mempunyai kuasa jahat. org lain xbleh pegang pun cincin tu sbb mereka akan jadi jahat dan terpengaruh dgn kuasa jahat xkiralah sebaik mana pun mereka tu. Frodo tu jujur sbb tu diaja yg layak utuk bawa cincin tu ke Mordor atau Crack of Doom bagi menghancurkan cincin tersebut. Banyaklah cabaran si Frodoni untuk mengelakkan cincin tu jatuh ke tgn org jahat sewaktu dlm perjalanan ke sana. Filem ini 5 bintang.. kikiki... Perfect!

Nanti nak cita psl Hikayat Merong Maha Wangsa plak lah.. hehe

09 November 2011

Majlis Pertunangan & Perkahwinanku..


Tarikh tunang : 20-11-2010
Tarikh akad nikah : 2-9-2011
Tarikh kenduri pihak perempuan : 3-9-2011
Tarikh kenduri pihak lelaki : 18-9-2011

Ok, tarikh2 ni semua kena ingat sampai bila2. Kalau xingat, bukak blk blogni. hehe..


 Aku pilih warna pink waktu tunang sebab kalau kawin dah tentu husband aku xnak pakai warna ni. Sebelum aku kempunan, baik aku pakai siap2.. Jangan marah ye En. Aimy..

 Inilah mak mertua aku. Muliani binti Muhd Isa. Dulu 1 Opis dgn aku tapi skrg dah pindah ke Jabatan lain.. Aku je yg blum pindah-pindah lg..

 Hantaran Pertunangan dari pihak lelaki - 7 dulang

 Hantaran Pertunangan dari pihak perempuan - 11 dulang.. asalnya 9 je, tp ada hantaran yang di bwa oleh org kampung, so jadila 11..



Inilah majlis pertunangan yang xberapa nak menelan kos belanja yang banyak. huhu. Hanya kenduri kecil-kecilanja. makap pun akak aku sendiri yang makapkan. simpleja.
"
"
"
"
"

"
"
Majlis Akan Nikah di Masjid Padang Chempedak, Pulau Pinang pada 02 September 2011
 Akhirnya selamat di ijabkabulkan.. Amin.. Di mekapkan oleh Jurumekap yang mekapkan aku waktu kenduri esoknya. Baju ni sewa ja tau. cantik kan. Aku puji sebab ni bukan baju aku, kalau baju aku dah tentu aku cakap, biasaja ni.. malulah tu konon..


Ini lah En Aimy Syakirin. Dah jadi suami.. hehe

 Lepas akad nikah di masjid, balik ke rumah. ada buat makan2 skit untuk org kampung dan pihak pengantin lelaki. siang bihun sup, malam nasi gulai daging dan ikan kering. sedapnya masakan kampung.

 Barang2 hantaran bagi kedua-dua belah pihak. Pihak lelaki hantar yang warna merah tu, pihak perempuan plak balas balik yang warna purple pink.. Aku dan husband buat sendiri bekas hantaran tu. Macam kelakar, simple sangat. Tapi sekali pandang, cun jgk.




 Hiasan bilik tidur oleh butik pengantin kak Nordiana termasuk baju nikah dan sanding esoknya. 

 tepi sekali belah kiri, kak lah atau org panggil kak ila (kakak sulong), mak, aku dan kakngah (kakak no. 2)

Sama x anak dgn mak ni? Ngeee..


Budak kecik kat depan tu, sepupu aku. Anak kepada sepupu aku, kira dua pupula kan. huhu.. Dia paling nakal antara adik-beradik dia yang lain. (Ayah aku sibuk kot masa ni. Sekeping gambar pun xda.)

"
"
"
"
"

"
"
Gambar kawin sebelah pihak aku belum siap. Yang adapun cuma yang ni ja. huhu. Yang sebelah kiri tu Suhanizah dan yang sebelah kanan tu Suhada. Diorg ni satu rumah aku masa sama2 study kat Politeknik dulu. Thanks sbb datang..







hurm... dah selesai pun majlis sebelah pihak aku. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kelam kabut sampai gaduh2 sesama family.. kikiki.. Normal la tu kan. Penat sangat sebab buat kenduri cara gotong-royong. Kalau catering mungkin xmcm tu kot tp lebih meriah bila gotong-royong kot, baru terasa btul2 kenduri. Malam2 dapat tgk gelagat makcik2 yang tangan dan mulut diorg sama naikja buat kerja.. hehe..

"
"
"
"

"
"
"

18 September 2011, berlangsungnya masjlis persandingan bagi sebelah pihak pengantin lelaki. Bertempat di Dewan Presint 16, Putrajaya..

Kompang di palu.... Pengantin Baru....



Berdebar2 rasanya sewaktu hendak melangkah masuk ke dalam Dewan. Sebelumni tgk org kawinja, tp akhirnya diri sendiri yang lalui. huhu..

Merah adalah warna kesukaanku. Memang tak boleh nampak barang warna merah, yang xcantik pun aku cakap cantik. Apa salahnya untuk hari penuh bersejarah ni aku pilih warna kegemaran aku kan.



wah, merahnya lipstik.. aku pun xperasan. huhu..




 Pengapit lelaki tu kawan husband aku, Amir.. dan pengapit perempuan tu plak kawan aku, Rodhiah atau lebih manja dgn panggilan Diya..



 Ni semua family husband aku.


Ha, adapun gambar ayah aku yang tersayangni.. ayah memang susah skit nak bergambar.


kakak2 dan sedara-mara aku.. 2 org budak comel tu kembar. mak diorg yang pakai baju putih tu.


Lauk-pauk kenduri.. ada 8 jenis semuanya dari Ramon Catering..





Mungkin mereka tgh berbincang macam mana nak amik gambar japg.. erm.. agakjela.. :-)


Di sekitar majlis perkahwinan.. Akhirnya tamat sudah episod perkahwinanku.. Bukan mudah nak kawin. Macam2 kena buat. Sampai sakit kepala, pening kepala, demam, gaduh, sampai timbul perasaan malas kawin pun ada. haha.. Mula2 kena pikir tarikh dlu. tu pun dah ckup pening. Lepas tu, tema, kad kawin, catering, pakej pelamin dll, door gift, jemputan.. kena buat list awal2 sapa yang kita nk jemput. Kalau tak jadi macam aku, ada yang cakap " oooo... dah kawin ek.. xjemput pun kan. Alamak!!!
BYEEEEE......