21 November 2011

Filem terbaik..... pilihanku..

Aku dan wayang xdapat dipisahkan. cewah.. haha.. yela tu kan. Tapi mmg btul. Menonton wayang adalah hobiku sejak muda lagi. skrg dah tua skit.. sikitje... hehe

Ini antara filem2 terbaik bagi aku.. dan.. kebanyakannya adalah cerita2 mitologi..


Filem Clash of the Titans pernah ditayangkan pada tahun 1981 so, skrgni diorg remake semula dgn tajuk yg sama jugak. Film ini dibuat berdasarkan kisah Perseus yang merupakan mitologi Yunani.  Pelakon utamanya adalah Sam Worthington. Ada pelbagai cabaran yang harus mereka lalui untuk mendapatkan kepala Medusa (wanita berambut ular) sebab dgn kepala Medusa tu ja diorg dpt musnahkan  monster raksasa iaitu Kraken yang dicipta oleh Hades (dewa Alam Roh). Ini adalah antara filem termahal di Hollywood. 4 bintang untuk Clash of The Titans..  :-)


Yang ni plak cerita yang diambil dari kisah benar iaitu perang dunia kedua yang melibatkan Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1941, Pearl Harbour.. Ada masuk dalam buku sejarah ni.. tapi dlm ceritani, diselitkan cerita cinta 3 segi iaitu antara Danny Walker, Rafe McCawley dan Evelyn Johnson. Rafe dan Danny tu kawan baik sejak kecik lagi. diorg sama2 nk jadi Juruterbang. So bila dh besar, cita2 diorg pun tercapai. Masa tu Rafe berkenalanlah dgn Evelyn, dia ni Jururawat kat kem tentera tu. Tgh2 syok bercinta, Rafe dgn sukarelanya nak pergi berperang dan xbalik2. berita kematiannya pun tersebar( masani sdih gila la smua org, terutamanya kekasih hati, si Evelyn tu. Danny pun mulalah ambil alih utk jaga Evelyn. kekasih kwn baik, mestila tlg jaga kan.. Tup-tup diorg plak bercinta. Tapi xslhla sbb Rafe dah mati kan. Hm tp xlama lps tu kan, Rafe blk plak. Mcm mana bleh hidup blk ni. Sbenarnya Rafe xmatipun. Lepas tu, berlakulah pergaduhan antara Rafe dgn Danny, siap bertumbuk2 sampai patah meja2.. Dipendekkan cerita, Amerika Syarikat balas demdan dgn Jepun. Maksudnya diorg serang balik negara Jepun. Akhirnya Danny mati dipangkuan Rafe. Sedih..... Masa tgk ceritani jantung rasa berdebar-debar dan air mata rasa nak mengalirja.. Sedih macam filem Armegaddon dan titanic.. hehe.. 4 bintang tau..


ini adalah filem X-Men. Yang paling best adalah X-men Origin- Walverine. dan yg paling xbest eh xbrapa best, X-Men First Class..  Ini cerita mutan2.. Para mutan ni semua memiliki kemampuan lebih yang tidak dimiliki oleh org biasa. Kemampuan tersebut adalah akibat daripada mutasi genetik dalam mutan tersebut. Kuasa2 yang ada pada mutan2 ni nampak mcm hebat ja. Terutamanya Logan.. ahaks.. i like.. 
4 bintang.. 




Bila sebut Transfomers, sudah tentu semua org akan terbayangkan wajah2 robot yang gagah perkasa tu kan.  Siapa lagi kalau bukan Bumblebee Autobots, Ratchet, Ironhide, Sideswipe dan diketuai oleh Optimus Prime. Ermm kisahnya para Astronot terjumpa bangkai pesawat sewaktu mendarat di Bulan. dan bangkai pesawat tu bkn dari bumi, tapi dari Cybertron.. Rasanya ceritani semua org pun tau kot jalan cita dia. Maksud semua org tu, ramai org la. (Semua mcm xlogik plak sbb mak ayh saya xtau pun. hehe). Apapun pelakon utamanya iaitu Shia LaBeouf tu cute sangat. lalalala.... ermm 4 bintang!



hah, ni cita paling best bagi aku. Iaitu The Lord of The Rings.. "The Fellowship of The Ring, The Two Towers dan The Return of The King.." semua best. Bagi peminat cerita ni mesti masih ingat akan nama Frodo lakonan Elijah wood yang membawa watak seorg hobbit.. Frodoja yg diberi kepercayaan utk menjaga cincin kuno yang mempunyai kuasa jahat. org lain xbleh pegang pun cincin tu sbb mereka akan jadi jahat dan terpengaruh dgn kuasa jahat xkiralah sebaik mana pun mereka tu. Frodo tu jujur sbb tu diaja yg layak utuk bawa cincin tu ke Mordor atau Crack of Doom bagi menghancurkan cincin tersebut. Banyaklah cabaran si Frodoni untuk mengelakkan cincin tu jatuh ke tgn org jahat sewaktu dlm perjalanan ke sana. Filem ini 5 bintang.. kikiki... Perfect!

Nanti nak cita psl Hikayat Merong Maha Wangsa plak lah.. hehe

No comments: