05 February 2013

Teman Pengganti

Tadi aku ada baca blog Aizad Alias.. tentang Malique dgn lagunya teman pengganti nyanyian bersama black.. sgt sedih. Samada btul atau tidak Malique sdg sakit skrg ni.. Wallahualam.. tp seandainya btul sepertimana yang diceritakan.. "Ya Allah.. Engkau sembuhkanlah dia.. Amin.." Bagi aku Malique seorang rapper yang bijak. Setiap lirik yang dihasilkan sangat puitis. Btul kata Aizad Alias, Malique ni lebih kurang mcm Eminem.. suka cipta lagu berdasarkan kisah hidup sendiri. Aku dan husband aku mmg suka layan lagu2 Malique ni terutamanya dlm kereta. Aku pasang USB kat dlm keta and nnt husband aku akan pilih lagu2 Maliqueja padahal punyalah banyak lagi lagu kat dlm tu, lagu Malique jgk yg dia pilih. Antaranya lagu Mentera Beradu nyanyian Malique bersama M. Nasir, Maafkan kamu nyanyian bersama Jamal Abidillah dan Bawaku pergi nyanyian Zizan dgn Kaka. Masa Anugerah Juara lagu yang ke 26 baru2 ni, serius husband aku nak sgt lagu tu menang. tp... tp xpe aizat sweet nyanyi lagu yuna masa tu. huhu. Malique mmg hebat. dan aku jgk sedih bila dgr kisah Malique dgn isterinya Melisa kena rompak.. kesiannya.. Semoga Malique dan isteri tabah menghadapi setiap ujian dariNya.. Lirik lagu ni btul2 buat aku termenung panjang n kalau amati btul2 rasa sedih sgt. Malique pun xpernah muncul dalam mana2 lagu yg dihasilkan.. adakah ianya betul???? apapun aku sebagai peminat mendoakan kebahagian buat Malique.. meh, sama2 menghayati lirik lagu Teman Pengganti.

"
"
Teman Pengganti - Malique feat Black

 Ketawa bersama… menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka… Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami… Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap… Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri… Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti… :-(


No comments: