10 April 2012

Tahniah Aaron Aziz



Bintang Paling Popular akhirnya menjadi milik Aaron Aziz.. Tahniah.. Aaron Aziz ni, orangnya sangatlah bersahaja.. sebab tu aku suka.. xmacam sesetengah artis yang nampak mcm poyo2 gitu.. tapi xsemuala.. kebanyakannya ok je.. Tapi aku cuma minat Aaron Azizja. Nak kata minat sangat tu, xdala sampai kategori fanatik.. biasa2ja.. Menang suka, xmenang, ok.. fine.. Apapun sekali lagi diucapkan tahniah kepada Bintang Paling Popular ini... Harap2 dikekalkan sikap yang cool tu ye.. hehe..

06 April 2012

Sabar lah ye...


Mengapa kita perlu bersabar? Kerana sabar itu separuh daripada iman.. Bolehkah kita bersabar? Biasanya bagi menenangkan orang yang sedang dalam kesulitan, perkataan sabarlah yang akan kita gunakan. Tapi.. bila kita yang dalam kesulitan itu, apakah perkataan sabar itu sedap didengar? atau ia hanya akan membuatkan kita bertambah sedih malah semakin diminta kita bersabar semakin dalam rasanya luka yang terhiris.. maka semakin deraslah air mata yang singgah ke pipi sehingga adakalanya tidak dapat disambut lagi dari terus berderai ke bumi.. Bak kata orang, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Walaupun niat kita memang ikhlas untuk mengurangkan kesedihan yang dialami sesetengah orang, tapi agaklah menakutkan kiranya jawapan yang kita terima boleh jadi menyakitkan hati kita. " sabarlah ye kak.. Banyak2 lah berdoa ye kak.  mesti ada hikmah di sebaliknyakan.. sabar ye.." Ni lah kata2 yang biasa kita curahkan, tapi.. " Ko senangla! ko tak rasa apa yang aku rasa. Cuba benda ni jadi kat ko!. Baru ko tau!!" hah, adakah macam ni? Aku tak pernah lagi menerima tamparan sehebat ini. Tapi jangan tergejut kalau memang wujud manusia yang sebegini. Sebenarnya kita boleh faham situasinya. Mungkin terlalu sedih, mungkin masih belum dapat menerima kenyataan.. Kadangkala perasaan sedih itu boleh membutkan seseorang hampir hilang akalnya.

Dulu aku tak percaya dan sering kali menyalahkan mereka dengan beranggapan mereka tidak dapat mengawal perasaan.. Tak Profesional! Ternyata sangkaan aku salah sama sekali apabila aku sendiri pernah diletakkan dalam situasi yang serupa. (tapi tidaklah sampai tahap tak dapat menerima teguran atau nasihat.. masih cool.. hehe) Betullah kata orang, dunia ini ibarat roda. adakala kita di atas, dan adakala kita di bawah.. Jadi apalah salah kiranya kita sentiasa beringat2.. Macam lagu Aris ariwatan tu.. Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang... itu bidalan. Harus kau renungkan.. ya renung2kan... selamat beramal.. Eh, Macam.... ermmm.. okey..

04 April 2012

Asam Pedas Utara..

Semalam, aku teringin nak merasa masakan suamiku.. " asam pedas utara". So, balikja dari kerja terus aku menuju ke pasar presint 8 untuk membeli bahan2nya.. Setahu aku suamiku xpernah masuk ke dapur untuk memasak sebelum berkahwin.. tapi, memandangkan keinginan aku ni tak dapat ditolak lagi maka... jadilah masak "asam pedas utara" hasil air tangannya.. jeng! jeng! jeng!


Makan malam yang cukup simple.. boleh tahan juga masakan suami aku.. bolehlah masak selalu lepasni.. hehee.. Kalaulah.......

03 April 2012

Reena Punya Pasal

"Hidup segan mati tak mahu". Itulah kata2 yang paling sesuai untuk aku tujukan kepada blog aku sebelumni. Tapi sekarang, tanpa aku sedari, blog aku seakan2 semakin aktif. Ada sahaja topik yang akan aku  hidangkan untuk tatapan bersama. Dari mana datangnya minat ini? Ah, tak lain dan xbukan dari seorang 'budak' yang aku kenali sebagai Reena Kamarudin.. Aku benar2 telah termakan hasutannya untuk mengaktifkan blog aku yg hampir2 menyembah bumi.
Walaupun blog aku kini hanya boleh dikategorikan sebagai 'blog bodo-bodo' jer.. tapi aku xkisah. yang penting aku ada blog. Perlukah blog? Kalau ikutkan tidaklah seperlu mana. Tapi sekadar untuk berkongsi cerita, meluahkan sesuatu, aku lebih memilih blog berbanding meng'update' statusku di facebook. Walaupun adakalanya aku turut menge'share'kan cerita cerituki dari blog ke facebook.
Apapun, inilah Cik Puan Reena yang aku maksudkan... Ops.. diam2.. Aku terpaksa curi gambar ini dari blognya sendiri sebab dah puas aku cari gambar dia, dah selongkar satu drawer, satu handbag tapi xjumpa2.. so kesimpulannya............................


"


"
"

"

"


"

"
"
"

"
"