Mengapa kita perlu bersabar? Kerana sabar itu separuh daripada iman.. Bolehkah kita bersabar? Biasanya bagi menenangkan orang yang sedang dalam kesulitan, perkataan sabarlah yang akan kita gunakan. Tapi.. bila kita yang dalam kesulitan itu, apakah perkataan sabar itu sedap didengar? atau ia hanya akan membuatkan kita bertambah sedih malah semakin diminta kita bersabar semakin dalam rasanya luka yang terhiris.. maka semakin deraslah air mata yang singgah ke pipi sehingga adakalanya tidak dapat disambut lagi dari terus berderai ke bumi.. Bak kata orang, Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Walaupun niat kita memang ikhlas untuk mengurangkan kesedihan yang dialami sesetengah orang, tapi agaklah menakutkan kiranya jawapan yang kita terima boleh jadi menyakitkan hati kita. " sabarlah ye kak.. Banyak2 lah berdoa ye kak. mesti ada hikmah di sebaliknyakan.. sabar ye.." Ni lah kata2 yang biasa kita curahkan, tapi.. " Ko senangla! ko tak rasa apa yang aku rasa. Cuba benda ni jadi kat ko!. Baru ko tau!!" hah, adakah macam ni? Aku tak pernah lagi menerima tamparan sehebat ini. Tapi jangan tergejut kalau memang wujud manusia yang sebegini. Sebenarnya kita boleh faham situasinya. Mungkin terlalu sedih, mungkin masih belum dapat menerima kenyataan.. Kadangkala perasaan sedih itu boleh membutkan seseorang hampir hilang akalnya.
Dulu aku tak percaya dan sering kali menyalahkan mereka dengan beranggapan mereka tidak dapat mengawal perasaan.. Tak Profesional! Ternyata sangkaan aku salah sama sekali apabila aku sendiri pernah diletakkan dalam situasi yang serupa. (tapi tidaklah sampai tahap tak dapat menerima teguran atau nasihat.. masih cool.. hehe) Betullah kata orang, dunia ini ibarat roda. adakala kita di atas, dan adakala kita di bawah.. Jadi apalah salah kiranya kita sentiasa beringat2.. Macam lagu Aris ariwatan tu.. Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang... itu bidalan. Harus kau renungkan.. ya renung2kan... selamat beramal.. Eh, Macam.... ermmm.. okey..
No comments:
Post a Comment