27 October 2011

Melaka tempat bersejarah

Melaka.. bila lagi nak pergi sana ye?? bukan jauhpun tapi macam takda masaja nak pergi. Kali terakhir pergi bersama kakak sulongku, Ila Fadze iaitu bulan Julai 2010. Itupun sekadar menyinggah (baru balik dari kenduri di Johor). Dalam tempoh 2 jam tak cukup pun. Melaka adalah tempat bersejarah, jadi tidak hairanlah jika ia memiliki kecantikan yang luar biasa. Maksud aku luar biasa tu macam bangunannya kot (bangunan lama yang masih digunakan), lepas tu ada kereta kuda, ada kapal lama, ada meriam..
Putrajaya ada? tak da kan.. ops! jangan marah..

Antara tempat-tempat yang sempat di singgahi..



"

Dengan bayaran yang cuma RM10, beca ini akan membawa kita melalui jalan-jalan atau orang panggil lorong-lorong di sekitar pusat bandar bersejarah ini. kalau nak jalan kaki pun boleh. Tapi beca bukan ada kat mana-manapun kan. naik ja lah..

Kalau nak berenti untuk bergambar cakapja kat pemandu beca tu. "abg, nak benti sini boleh?". Kadang2 tak payah cakap, dia sendiri yang akan berenti. "adik, nak benti sini tak? amik gambar kat sini pun cantik."







aku pun tak tau apa yang dia buat masa ni. menyanyi kot. macam lagu Michael Jacksonja.




 Kalau tak silap aku, Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" tapi dalam bahasa Portugislah. Ia telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. wow!



Bye..

No comments: