24 October 2011

Kucingku Cakcibo

  • Memang dari kecil lagi aku telah di ajar untuk menyayangi kucing. Bagi aku kucing adalah binatang paling comel, walaupun hakikatnya semua makhluk Allah adalah comel.. :-) Aku paling tak suka bila melihat kucing-kucing terbiar diterajang oleh manusia2 yang tidak berperikemanusiaan. Terutamanya bila di kedai makan. Taknak bagi makan sudah, tapi janganla tendang2kan. sian tau!!!
Korangni bernasib baik tau sebab ada tuan yang baik cmni. heheh..

  • Cakcibo adalah kucing pertama yang menjadi hak milikku sendiri. Maksud aku, kucing yang aku bela sendiri bukan yang dibela bersama keluarga di kampung. Cakcibo adalah gabungan nama bagi 2 ekor kucing tapi salah seekor darinya telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya iaitu cibo..
  • CIBO.. SAYA RINDU AWAK!!


  • Ni cak, dia suka bergambar. tak susah pun nak ambil gambar dia. asal pegang cameraja dia pandang dan diam. nasib baik dia tak boleh senyum. Sebenarnya bela kucing buat aku hilang rasa penat apatah lagi ketika melihat gelagat mereka yang nakal dan comel tu. Tengah marah pun boleh tersenyum lagi tau.. heheee.

  • Untuk tidak membiarkan mereka bosan di rumah, aku bawa mereka pusing2 sekitar Putrajaya..  Sayangnya dia pada cibo..
bestnya dapat hirup udara segar kan cak!

senyumla sikit cak.. aduyai...

Mana2pun dia boleh tido. comel kan??? Meow..
    
  • erm... yang di bawah ini bukan cak dan bukan juga cibo. tapi ini adalah nab.. berasal dari pahang.. :-)


    
    ..heheh..



No comments: