- Hari pertama di cutenya cakciboku.. aku adalah salah seorang gadis kampung yang mencari sesuap nasi di Putrajaya.. Berasal dari Pulau Pinang. Terpaksa meninggalkan ibu dan ayah di kampung semata-mata untuk mencari rezeki. Mempunyai dua org kakak dan seorang adik lelaki dan kini mempunyai seorang suami juga. Baru sebulan mendirikan rumah tangga.. :-)
- Dulu, ayah dan ibuku adalah peniaga laksa dan bihun sup di pekan Chai Lem Park (aku tak tahu macam mana nak eja) atau nama popularnya "market orang kaya".. Tapi perniagaan itu terhenti semenjak ibuku diserang penyakit angin ahmar/stroke.. Apapun aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada yang Esa kerana keadaan ibuku semakin pulih. Alhamdulillah.. Kini ayahku bagaikan telah bersara kerana tidak lagi bekerja. Harap, pokok getah yang ditanam akan membuahkan hasil tak lama lagi. Amin.. Aku cukup berterima kasih kepada kakak sulongku yang bekerja sebagai pengajar di kolej kementerian kesihatan sungai buloh kerana dia lah yang banyak menanggung perbelanjaan ahli keluargaku. Tetapi tidak lupa juga kepada kakngah (yang pandai jahit baju) dan adik ku (yang sanggup berpanas untuk cari duit sendiri) yang tidak kurangnya memberikan sumbangan kewangan kepada kedua ibu bapa. "kalau mak dan ayah tak pernah ungkit pasal kita kecik2 dulu, jangan pulak kita nak ungkit untuk jaga depa ya..." peace..
- Tiba-tiba teringatkan kampung. :-(
"Budak laki kat hujung tu anak sedara aku"
"Gambar Hari Raya tahun 2009"
"Bersama kakak sulongku, Ila"
"Adik aku, Muhammad Ilias. Kadang2 aku rasa dia macam Mazlan petpet.. heheee"
"Yang pastinya ini bukan aku" :-b
No comments:
Post a Comment