24 February 2012

Kawan atau Sahabat??

Kawan atau Sahabat? sekali dengar kedua-dua perkataan ini seolah-olah memiliki maksud yang sama. Tapi bagi aku, ia punya maksud yang sangat berbeza. Sahabat begitu istimewa dan amat sukar ditemui. Tetapi kawan, insyaAllah.. kat mana2 pun boleh dapat. Aku sangat merindui seorang sahabat yang kukira sangat istimewa dalam hidupku. Merindui setiap perwatakannya, gelak tawanya dan ada kalanya menjadi lebih matang ketika bersamanya. Juga berkongsi suka dan duka. Perbualan dan topik hanyalah tentang diri masing2. Namun, lebih benyak cerita kelakar yang dikongsi. Itu menyebabkan kami lebih banyak ketawa dan tersenyum. Tapi tidak dinafikan, sebagai manusia kami juga suka bergosip. ehem.. tapi taklah terlalu panas kerana saling ingat mengingati bahawa diri sendiri juga sering melakukan kesilapan. Gosip artis? oh, itu jarang sekali melainkan ada cerita yang menarik perhatian kami. Bukan tidak sukakan artis tapi kurang gemar untuk ambil tahu tentang artis. Tapi filem, hurmmm.. sangat suka. Asal tengok wayangja mesti cerita dari A sampai Z. Kalau tak filem, drama melayu kat tv tu pun jadilah.. Sahabat aku ni merupakan seorang yang suka makan. Jadi tak hairanlah kalau aku pun terpengaruh. Ada sahaja makanan di meja kami sehingagakan sering menjadi tempat persinggahan teman2 yang lain..Cuma yang hairannya badan aku xjuga besar2.. dia? huhu semakin hari semakin tembam. Tapi, apa nak dikisahkan, husband dia suka dia mcm tu.. Sejak bersahabat dengan dia, aku rasa diriku semakin berani. Berani mencuba sesuatu yang baru. contohnya, cuba makan apa yang tak pernah dimakan.. hmm makan lagi.. okey.. sori..
Seorang sahabat memang xakan mementingkan diri sendiri. Xkan mencari hanya bila memerlukan.. dan xkan membantu hanya ketika diminta. Begitulah susahnya untuk menemui seorang sahabat.Tapi Alhamdulillah, sikap itu ada pada dirinya.. Jika dia tidak dapat membantuku, dia tidak akan memberikan seribu alasanpun. Cukup untuk aku memahaminya kerana pasti ada sebab2 yang tertentu. Tidak pernah sedikitpun terdetik difikiranku untuk berprasangka buruk terhadapnya. Aku juga akan melakukan perkara yang sama pada sahabatku itu.. Aku boleh jadi sahabat kepada seorang sahabat tetapi aku juga boleh jadi hanya kawan kepada seorang kawan.
Sejak dia bertukar tempat kerja, kami tidak lagi berkongsi cerita. Berhubungpun hanya melalui telefon bimbit, itupun sangat jarang. Sudah lama aku tidak mengikuti perkembangannya apatah lagi bertemu dengannya. Kerana terlalu rindu padanya, aku menghubunginya baru2 ini. Dia masih tidak berubah, perbualan kami sama seperti dulu. Dari cerita-ceritunya aku mendapati dia sedang sihat dan bahagia bersama suaminya yang tercinta. So, sahabatku Norsa'adah binti Sudin.. Aku rindu sangat kat ko. Selamat menyambut hari lahir pada 15 Februari baruni ye.. semoga sihat, panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.. Miss u so much..


cakciboku: Rindu juga pada sahabat2 di Unit Pendaftaran..