20 July 2012

Ramadan tiba lagi..

Esok, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak.. Adakah anda sudah bersedia? Cewah, mcm lebih kurang tajuk ceramah pagi td ja.. Apapun, aku nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua rakan2, mak ayah, seluruh keluarga, keluarga mertua dan sesiapa saja yang mengenali diri ini.. Selamat Berpuasa..

Memandangkan puasa hanya setahun sekali ja. mesti ada yang terlupa mcmmana nak niat puasa kan.. okey... begini ye niatnya..


Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Di bulan puasa ni eloklah kita perbanyakkan bacaan al-quran, melewatkan waktu sahur tapi jgn melewatkan waktu berbuka puasa, paling elok berbuka dengan kurma dan air zam2ja (kalau adala), tapi bolehkah?? hehe.. kalau tak bolehpun, buka ala kadarja la kan.. jgn lupa solat terawih dan memperbanyakkan sedekah..
 
Di sini, aku nak kongsi sikit perkara2 yang berkaitan dengan puasa ye.. iaitu:

perkara2 makruh puasa
  • berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • merasa makanan dengan lidah
  • bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  • memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • gosok gigi setelah gelincir matahari
  • mencium isteri
  • menderma darah
perkara2 batal puasa
  • makan dan minum dengan sengaja
  • mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • melakukan persetubuhan
  • gila walaupun sebentar
  • murtad
  • berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Perkara2 yang tidak membatalkan puasa
  •  Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  •  Bersuntik
  •  Tidur walaupun sepanjang hari
  •  Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  •  Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

 Eh, lafaz niat puasa ja.. lafaz niat buka puasa xda ke? urm.. ada... macam ni k.. (mcm mengajar bdk2 lak)..
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

ok, sekian sahaja pelajaran kita tentang puasa.. kalau ada salah dan silap tu mohon maaf lah ye.. hehe.. sejak bila plak aku jadi ustazah ni.. xkisahlah, janji aku just nak berkongsija kan..

Sekali lagi, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam... Assalamualaikum..