Tv3 jam 7 malam, drama Seindah Sakura betul2 telah menyentuh jiwaku. Kini aku adalah salah seorang penonton setia drama arahan Zul Huzaimi ini lakonan Fasha sanda (shaqira) dan Fahrin Ahmad (Cikgu Aril). Sekiranya aku berada di tempat Shaqira, pastinya aku dapat merasakan kesedihan yang dialaminya sejak kecil, lakonan (Eryna)..
Aku bukanlah peminat Fahrin Ahmad, tetapi lakonannya dalam drama ini agak boleh tahan.. tambahan pula apabila wataknya digandingkan bersama pelakon faberet aku iaitu Fasha Sanda.. (aku suka lakonan dia.. )
Ok.. cerita sikit ye.. Shaqira tinggal bersama ibu (Sherly Merlis) dan oyangnya (Ruminah Sidek/Mak Mah) dalam keadaan yg sangat daif.. (tanpa ayah). Shaqira selalu dibuli oleh rakan lelaki sebayanya.. sebab dia org miskin. Selepas balik dari sekolah, Shaqira akan mengambil upah siang ikan.. dengan duit tu, dia akan simpan dan bantu ibunya menyara keluarga mereka. Ibunya pula, seringkali dimarahi oyangnya kerana kata oyangnya ibu Shaqira tidak pandai menjaga maruah diri. Orang kampung sering beranggapan ibu Shaqira cuba merampas suami org.. sedangkan itu semua hanyalah fitnah. Hanya Shaqira yang memahami hati ibunya. Suatu hari, ibunya telah berkenalan dengan seorang lelaki cina. Itu pun menjadi buah mulut orang kampung. Akibatnya, ibu Shaqira tidak sanggup lagi tinggal di kampung tersebut lalu membuat keputusan untuk mengikut lelaki cina itu ke bandar.. Terpaksa meninggalkan Shaqira. Dia berjanji akan menghantar duit kepada Shaqira setiap bulan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oyangnya bertambah marah dengan sikap ibu Shaqira. Setiap hari Shaqira menangis menunggukan kepulangan ibunya namun, harapan hanya tinggal harapan.. Kehidupan Shaqira dan oyangnya bertambah susah... Hanya bubur yng menjadi makanan seharian. Pernah juga Shaqira mencuri sisa makanan di kedai makan dan meminta roti yang telah expired tarikhnya dari sebuah kedai runcit untuk mengalas perut. Kasut sekolahnya juga adalah kasut terpakai yang dijumpai di dalam longgokan sampah yang saiznya lebih besar dari kaki Shaqira.. so sad…
Di sekolah, dia dikatakan seorang pelajar bermasalah terutamanya apabila muncul cikgu baru di sekolah tersebut iaitu cikgu Aril. Cikgu Aril sangat taksub pada disiplin. Dia beranggapan Shaqira adalah sama seperti pelajar2 degil dan biadab di bandar tanpa menyiasat latar belakang Skaqira terlebih dahulu.. Setiap hari ada sahaja kesalahan yang Shaqira lakukan antaranya tidak menyiapkan kerja sekolah. . Ramai cikgu telah menasihati cikgu Aril bahawa jangan terlalu tegas terhadap pelajar2 terutamanya Shaqira. Mereka faham bahawa Shaqira adalah seorang pelajar miskin. Namun, cikgu Aril sedikitpun tidak mempedulikannya kerana baginya cikgu2 di sekolah tersebut tidak pandai mendidik anak murid. Dia juga sering mendenda Shaqira termasuklah berlari 3 pusingan di padang sekolah sehingga mengakibatkan Shaqira jatuh pengsan. Tapi, baginya itupun adalah salah satu lakonan semata2..
Bila agaknya dia akan membuka matanya untuk mengenali Shaqira yang sebenar? Sama2lah kita menyaksikannya ye… hehe…
Psssttt… sori kalau ada yang tersalah.. aku just penonton.. semua ni ikut kefahaman aku je.. apapun ini adalah video ost seindah sakura nyanian Ronie dan Mafa yang bertajuk Buatku Disana. Sekian, terima kasih..
No comments:
Post a Comment