27 October 2011

Melaka tempat bersejarah

Melaka.. bila lagi nak pergi sana ye?? bukan jauhpun tapi macam takda masaja nak pergi. Kali terakhir pergi bersama kakak sulongku, Ila Fadze iaitu bulan Julai 2010. Itupun sekadar menyinggah (baru balik dari kenduri di Johor). Dalam tempoh 2 jam tak cukup pun. Melaka adalah tempat bersejarah, jadi tidak hairanlah jika ia memiliki kecantikan yang luar biasa. Maksud aku luar biasa tu macam bangunannya kot (bangunan lama yang masih digunakan), lepas tu ada kereta kuda, ada kapal lama, ada meriam..
Putrajaya ada? tak da kan.. ops! jangan marah..

Antara tempat-tempat yang sempat di singgahi..



"

Dengan bayaran yang cuma RM10, beca ini akan membawa kita melalui jalan-jalan atau orang panggil lorong-lorong di sekitar pusat bandar bersejarah ini. kalau nak jalan kaki pun boleh. Tapi beca bukan ada kat mana-manapun kan. naik ja lah..

Kalau nak berenti untuk bergambar cakapja kat pemandu beca tu. "abg, nak benti sini boleh?". Kadang2 tak payah cakap, dia sendiri yang akan berenti. "adik, nak benti sini tak? amik gambar kat sini pun cantik."







aku pun tak tau apa yang dia buat masa ni. menyanyi kot. macam lagu Michael Jacksonja.




 Kalau tak silap aku, Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" tapi dalam bahasa Portugislah. Ia telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. wow!



Bye..

24 October 2011

Kucingku Cakcibo

  • Memang dari kecil lagi aku telah di ajar untuk menyayangi kucing. Bagi aku kucing adalah binatang paling comel, walaupun hakikatnya semua makhluk Allah adalah comel.. :-) Aku paling tak suka bila melihat kucing-kucing terbiar diterajang oleh manusia2 yang tidak berperikemanusiaan. Terutamanya bila di kedai makan. Taknak bagi makan sudah, tapi janganla tendang2kan. sian tau!!!
Korangni bernasib baik tau sebab ada tuan yang baik cmni. heheh..

  • Cakcibo adalah kucing pertama yang menjadi hak milikku sendiri. Maksud aku, kucing yang aku bela sendiri bukan yang dibela bersama keluarga di kampung. Cakcibo adalah gabungan nama bagi 2 ekor kucing tapi salah seekor darinya telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya iaitu cibo..
  • CIBO.. SAYA RINDU AWAK!!


  • Ni cak, dia suka bergambar. tak susah pun nak ambil gambar dia. asal pegang cameraja dia pandang dan diam. nasib baik dia tak boleh senyum. Sebenarnya bela kucing buat aku hilang rasa penat apatah lagi ketika melihat gelagat mereka yang nakal dan comel tu. Tengah marah pun boleh tersenyum lagi tau.. heheee.

  • Untuk tidak membiarkan mereka bosan di rumah, aku bawa mereka pusing2 sekitar Putrajaya..  Sayangnya dia pada cibo..
bestnya dapat hirup udara segar kan cak!

senyumla sikit cak.. aduyai...

Mana2pun dia boleh tido. comel kan??? Meow..
    
  • erm... yang di bawah ini bukan cak dan bukan juga cibo. tapi ini adalah nab.. berasal dari pahang.. :-)


    
    ..heheh..



21 October 2011

Hari pertamaku di Blog

  • Hari pertama di cutenya cakciboku.. aku adalah salah seorang gadis kampung yang mencari sesuap nasi di Putrajaya.. Berasal dari Pulau Pinang. Terpaksa meninggalkan ibu dan ayah di kampung semata-mata untuk mencari rezeki. Mempunyai dua org kakak dan seorang adik lelaki dan kini mempunyai seorang suami juga. Baru sebulan mendirikan rumah tangga.. :-)
  • Dulu, ayah dan ibuku adalah peniaga laksa dan bihun sup di pekan Chai Lem Park (aku tak tahu macam mana nak eja) atau nama popularnya "market orang kaya".. Tapi perniagaan itu terhenti semenjak ibuku diserang penyakit angin ahmar/stroke.. Apapun aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada yang Esa kerana keadaan ibuku semakin pulih. Alhamdulillah.. Kini ayahku bagaikan telah bersara kerana tidak lagi bekerja. Harap, pokok getah yang ditanam akan membuahkan hasil tak lama lagi. Amin.. Aku cukup berterima kasih kepada kakak sulongku yang bekerja sebagai pengajar di kolej kementerian kesihatan sungai buloh kerana dia lah yang banyak menanggung perbelanjaan ahli keluargaku. Tetapi tidak lupa juga kepada kakngah (yang pandai jahit baju) dan adik ku (yang sanggup berpanas untuk cari duit sendiri) yang tidak kurangnya memberikan sumbangan kewangan kepada kedua ibu bapa. "kalau mak dan ayah tak pernah ungkit pasal kita kecik2 dulu, jangan pulak kita nak ungkit untuk jaga depa ya..." peace..
  • Tiba-tiba teringatkan kampung. :-(
"Budak laki kat hujung tu anak sedara aku"

"Gambar Hari Raya tahun 2009"

"Bersama kakak sulongku, Ila"

"Adik aku, Muhammad Ilias. Kadang2 aku rasa dia macam Mazlan petpet.. heheee"

"Yang pastinya ini bukan aku" :-b