30 March 2012

Aku dan Teh o.

                     
Dalam banyak2 air di dunia ni, kenapa aku memilih teh o sebagai air kegemaranku? Entahlah.. sukar untuk menjelaskan. Apa yang pasti, aku sering mengoferkan diriku teh o atau teh o ais jika makan di mana2 restoren.. cafe.. gerai.. dsbnya.. Cuma ada lah sekali sekala aku makan sambil diiringi sirap, laici dan air minuman lain selain teh o.

Kalau di rumah pula, teh  o akan menjadi hidanganku terutamanya waktu bersarapan pagi. kenapa teh o? sekali lagi aku katakan bahawa aku tidak tahu jawapannya. aku tidak tahu apa keistimewaan dan keburukan teh o.. apakah ia baik untuk kesihatan atau boleh memudaratkan kesihatan jika pengambilannya berlebihan?

hurmm.. macam nilah.. aku baharu saja google tentang kebaikan teh.. rupanya teh memang berkhasiat. Hampir terlupa aku bahawasanya teh dijadikan sumber ubat-ubatan sejak zaman dulu lagi. Ia berkhasiat sebagai penawar dan dapat pula mencegah penyakit. Teh o juga dapat menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dengan meminum teh o panas, dalam masa 9 minit, suhu tubuh boleh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius. Berita baik untuk mereka yang ingin diet kerana teh o boleh menurunkan berat badan dan berita baik untuk semua, minum teh o dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.. So secara tak langsung dapatlah kita menjaga kecantikan masing2..

Aku mula terpengaruh dengan teh o sejak kecil lagi kerana tok dan ayah aku peminat setia teh o.. Kira macam keturunan jugalah ni ye.. yeke?? Tapi aku tiba2 terfikir kenapa badan aku slimja dari dulu sampai sekarang. Rupanya teh o tu kan sesuai bagi yang ingin berdiet.. haruslah aku? hehe...

29 March 2012

Kerja itu indah sebenarnya..

Kata orang keja biar ikhlas.. kerja kerana Allah, bkn kerana nk mkn atau nak kaya. Tapi sekarang aku seolah2 ketiadaan hati lagi untuk bekerja. why?? Aku sendiri tiada jawapan. Hari2 aku ke tempat kerja dgn perasaan terpaksa. Cuba juga dimuhasabah diri ini, tapi masih blum berjaya.. Masih punya perasaan yang sama. 

Mula terbayang2, andainya aku seorang suri rumah. pasti  seronok dapat menghabiskan masa sehari suntuk di rumah kan.. Tapi.. cuba pikir 1000 kali dulu sebelum membuat keputusan yang xpernah terlintas tu. Bukankah seronok bila dapat shoping dgn duit sendiri. Tapi.. saat ni bukan duit yang aku pikirkan.

Mungkinkah keseronokan bekerja mula hilang bila aku mengesyorkan minda aku bahawa aku tiada hati lagi untuk bekerja. Minda sangat penting. Jangan di ajar dia ke arah yang negatif. yup, btul tu.. smuanya pasti salah aku.. Cepat, pujuk minda. katakan padanya bosan duduk di rumah. kalau boleh nak kerja ja 24 jam. mesti hati terdetik nak bekerja ja kan... Jangan tergejut kalau aku xcuti2 lagi lepas ni.. hehe.. haruskah??

21 March 2012

3 Idiots



Kepada peminat filem hindustan, filem 3 Idiots yang dilakonkan oleh Amir Khan dan Kereena Kapoor ni mesti dah xasing lagi bagi diorg.. sebelum ni, aku tertanya2 apa yang best sangat dengan cerita ni sampaikan husband aku tergila2kan sangat. hampir setiap minggu dia melayan cita ni. Tapi sekarang, aku pun dah jadi pengikut dia.. Asal xda cita best nak tgk, kitorang akan pasang cita 3 idiots.. tapi yang kelakarnya, setiap kali tgk cita ni mesti tergelak2 seolah-olah, macam baru pertama kali tgk. Kat atas ni adalah salah 1 video clip dalam 3 idiots.. memang sempoi.. aku suka.. hehe..

Ermmm.. okey, dipendekkan jalan ceritanya. (kira sinopsislahni..) Kisah tentang 3 org sahabat iaitu, Rancchoddas "Rancho (Amir Khan), Farhan Qureshi dan Rastogi Raju.. Sama2 merupakan student di Imperial College of Engineering, salah satu pusat perguruan tinggi terbaik di India. Rancho asalnya anak tukang kebun bagi keluarga yang sangat kaya iaitu Rancho Jaaved Jaffrey. Dia memang bijak dan cukup berminat untuk belajar. Satu hari apabila Rancho Jaaved Jaffrey mengetahui tentang minat Rancho, dia telah membuat perjanjian untuk menghantar Rancho belajar bagi menggantikan anaknya tetapi dengan menggunakan nama anaknya iaitu Rancchoddas Shyamaldas Chanchad. Ijazah yang diterimanya nanti akan diberikan kepada anaknya. (aku xpasti apa nama sebenar Rancho dlm cita ni sbbnya, dari awal lagi panggilannya mmg Rancho.. hehe, sori. kena khatam lagi lah gamaknya).. Ok, berbalik pada td, xda sapa pun yang tau tentang cita tu.. Rancho xkisah walaupun ijazah yang diterima bukan utk dirinya sebab dia hanya berminat untuk belajar.. mmg tujuannya hanya untuk belajar semata2.. Sikap Rancho amat tak disukai oleh pengetuanya iaitu Virus.. (ayah kepada Pia iaitu Kareena Kapoor). Tiba2 aku rasa malas nak sambung... Apa kata layan sendiri filem ni... mmg xrugi kot.. Tapi pada yang xminat hindustan tu, tak bleh nak kata apa laaaaa....