Kata orang keja biar ikhlas.. kerja kerana Allah, bkn kerana nk mkn atau nak kaya. Tapi sekarang aku seolah2 ketiadaan hati lagi untuk bekerja. why?? Aku sendiri tiada jawapan. Hari2 aku ke tempat kerja dgn perasaan terpaksa. Cuba juga dimuhasabah diri ini, tapi masih blum berjaya.. Masih punya perasaan yang sama.
Mula terbayang2, andainya aku seorang suri rumah. pasti seronok dapat menghabiskan masa sehari suntuk di rumah kan.. Tapi.. cuba pikir 1000 kali dulu sebelum membuat keputusan yang xpernah terlintas tu. Bukankah seronok bila dapat shoping dgn duit sendiri. Tapi.. saat ni bukan duit yang aku pikirkan.
Mungkinkah keseronokan bekerja mula hilang bila aku mengesyorkan minda aku bahawa aku tiada hati lagi untuk bekerja. Minda sangat penting. Jangan di ajar dia ke arah yang negatif. yup, btul tu.. smuanya pasti salah aku.. Cepat, pujuk minda. katakan padanya bosan duduk di rumah. kalau boleh nak kerja ja 24 jam. mesti hati terdetik nak bekerja ja kan... Jangan tergejut kalau aku xcuti2 lagi lepas ni.. hehe.. haruskah??
No comments:
Post a Comment