27 August 2012

Cerita Hari Raya Pertama..

Hari ni hari first kerja selepas seminggu bercuti hari raya.. malas giler. pagi tadi bangun rasa mcm nak apply cutija. Nasib baikla hari ni ada appointment dgn klinik presint 9. Kalau x, mesti aku tercuti lagi. hehe. Nak wat canner, cuti lama sangat. Balik Penang lak tu. Masuk2 Putrajaya tengok bangunan kerajaan.. aduyai.... lomah rasanya.

Apapun, aku dah selamat kat ofis dah. Nampaknya ofis masih kosong. Masih ramai yang bercuti.. ada yang EL.. ada yang MC.. hmm.. maknanya bukan aku srglah yang ada rasa mls2 gitu.. huhu.

Tahun ni kan tahun pertama aku beraya bersama suami. Hampir seminggu kat Penang tu.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Tapi yang x ok nya masa perjalanan balik terlalulah panjang.. Xpernah balik kampung sampai 12 jam. Sampai lenguh2 husband aku.. Buktinya..


kikiki..

Selalunya balik kampung awal, so sempatla tlg kemas2 rumah. Tapi kali ni balik sehari sebelum raya. Semua dah COMPLETED.. So... goyang kakijala jawabnya. cuma, pagi raya tu tolong isikan kuih raya dalam bekasja. huhu.

Aktiviti kali ni berbeza sedikit. Memandangkan tahun ni tetamu xramai petang raya tu kitorang dah beraya di rumah tok kat Pokok Sena.. Biasanya malam baru ke sana, siang cuma tunggu tetamuja. Aku pun xtau napa tahun ni tetamu xramai termasuklah budak2. Agaknya budak2 sekarang dah malas kutip duit raya kot. Yela, zaman dah berubah. Mungkin duk rumah layan astro lebih baik kot.. Suasana raya pun dah xsemeriah dulu2.. Apapun, ni je lah aktiviti kitorang sefamily di hari pertama raya.


Ni kakngah dgn mak.

Yang depan tu sapa lagi kalau bukan ayah aku.. yang ternganga tu xlain dan xbukan mestila adik aku. Yang berbaju paling ceria tu, sah2 lah kakak sulong aku. baju purple tu.. akula.. hehe. Yang tembam2 baju ijau tu plak suami aku dan yang tudung biru mcm tgh control tu, mak aku.. heheh.. kakngah mana? ops, jurugambar..
Bersalam-salaman di pagi raya. "Mintak ampun banyak2 mak.. ayah..."

ops.. malu plak.. Mintak ampun banyak2 ye En. suami..  

Baju kita xsedondon langsung.. (macam anak dgn ayah pun ada.. hehe)


Inilah mak dan ayahku... Dari atas sampai bwh samaja colour. Romantik. hehe..

Selesai sudah cerita hari pertama di hari raya.. Petang tu kitorng beraya ke rumah tok plak... Tok kitorang namanya Tok Piah.. :-)

17 August 2012

Rayaaaa...


Malam ni aku akan bertolak blk ke Penang bersama suami. Tahun pertama beraya bersama suami.. hehe.. Memang terasa kelainannya sbb tiap2 tahun blk kampung dgn kakak tiba2 tahun ni lain plak. Harap2 taklah jem sgt mlm ni sbb pada andaian aku ramai yg dah blk kmpung. Tapi... huhu.. Tengokjalah nnt kan. (haruslah jem syg oi..) Tak sabar plak rasa nak balik. Tapi arini kena kerja lagi sbb cuti xberapa nak cukup. Tula, sapa suruh xnak simpan cuti. padan muka..

Masa datang ofis tadi terasa mcm jalan raya ni lain macamja. Punyala lengang. Best gila, kalau ari2 cmtu kan best. Tapi haruskah??? memang takla..

Bosan plak bila dtg ofis tp dah xramai penghuni. Sunyi sepi. Mood nak buat keja dah xda. Ingat nak balik ja ni. Kalaulah boleh halfday.. hehe..

Jiran sebelah kiri aku masih ada tp dr tadi asyik mengantuk, mengantuk dan mengantuk. haha.. Jiran sebelah kanan aku plak dah cuti. Napala diorg ni cuti awal2. Xsemangat nak keja langsung. Ce jadi mcm aku.. Patut jadi pekerja contoh. (kalau cuti banyak aku pun nak cuti gak wei... huk huk..) Xpe2, kita simpan cuti utk lepas raya ek. okey..

Semalam terbuat kuih raya dengan suami aku. Macam kelakar plak. Tiba2 je kan. Mana dtg mood nak buat kuih raya tah. Tapi.. kuihnya cuma.... Cornflakes maduja.. hehe.. Mula2 aku yang bersemangat, setengah jam kemudian.. suami aku yang sibuk kat dapur. Tiba2 aku boleh duk dlm bilik packing baju lak. huhu.. sori ye.. terambil kesempatan di atas kerajinanmu.. hehe..

Apapun, sebelum balik kampungni aku ingin sangat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Semoga raya tahun ni sangatlah bermakna buat semua ye.. Berhati2 lah semasa memandu dan ingatlah org yang tersayang yang sedang menunggu di Kampung tu.. Dah terbayang2 ketupat plak. ops.. ok.. Byeeee... Assalamualaikum..

02 August 2012

cerita raya dulu-dulu

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu kita menyambut Ramadan kan.. Maknanya dah nak raya la ek.. Cewah, buat2 tanya lak.. Bukan sengaja nak tnya, tapi macam xpercaya ja sebab persiapan raya apapun belum buat lagi. Nant last minit baru terhegeh-hegeh nak cari baju rayala, kuih rayala, macam2 raya lagi lah..

Tapi bila dah makin dewasa ni, makin xterasa lak rayanya. Rindu raya zaman kanak2 dulu. lagi seminggu nak raya pun dah try baju and kasut raya. Selagi xraya, selagi tu lah duk menerai. hehe.. Beli awal2 sbb bila dah nak dekat raya mak sibuk dgn kuih raya, ketupat, langsir.. Lepas tu benda paling penting untuk beraya ialah.. jeng.. jeng.. jeng.. beg.. Ala, beg yang ada tali tu. untuk isi duit raya.. siap ada gambar katun2 gitu. Dulu suka sangat beli yang warna merah. cantik.

Dulu banyak dapat duit syiling, (ada yang bagi 20 sen, 30 sen, 40 sen, 50 sen.. tapi sekarang, seringgit pun dah rasa mcm kedekut bebenor. huhu.. Zaman dah berubah..) Dah penat beraya, balik rumah jap, sambil2 tu kira la duit raya. Pastu petang, kawan2 ajak beraya lagi, tapi kali ni jauh sikit. Naik basikal plak. Tah mana2 kampung tah.. Bila dah penat, acik suruh makan kuih pun xnak. duduk xsampai seminit, pastu cakap nak balik dah. So, dapatla duit raya. Macam tu la seterusnya. Tapi sekarang, kalau tgk budak2 datang semata2 nak duit rayaja rasa mcm nak marahja. Padahal diri sendiri pun sama gak dulu2 tu.. Lupa la tu. Tahun ni agak2 dapat duit raya lagi x? heheh..

Tahun ni rasa mcm teringin nak buat kuih raya sendirija. Tapi kuih apaja yang aku boleh buat. Hmm, resepi kan banyak. Copyja kat tenet tu, pastu balik try la kan. Manala tau, tb2 menjadi. wah.. angan2 bukan main lagi ye. Bahan2 pun xbeli lagi. Takpe, Encik Aimy kata nak tolong. Dia xtolong, siap dia.

Raya tahun ni, nak besederhana ja. Almaklumlah, xlama lagi nak sambut org baru. Kena la berjimat cermat kan. Dah tak boleh fokus untuk rayaja.

Apapun, ini adalah tahun pertama beraya bersama suami. Balik Penang lak tu. Wah, ni yang syok ni. Tahun depan? erm.. Xpayah pikir lagi lah. hmm, ok lah. Tiba2 rasa ngantuk lak. sempat lagi x nak tido jap. zzzzzzzzzzz