Malam ni aku akan bertolak blk ke Penang bersama suami. Tahun pertama beraya bersama suami.. hehe.. Memang terasa kelainannya sbb tiap2 tahun blk kampung dgn kakak tiba2 tahun ni lain plak. Harap2 taklah jem sgt mlm ni sbb pada andaian aku ramai yg dah blk kmpung. Tapi... huhu.. Tengokjalah nnt kan. (haruslah jem syg oi..) Tak sabar plak rasa nak balik. Tapi arini kena kerja lagi sbb cuti xberapa nak cukup. Tula, sapa suruh xnak simpan cuti. padan muka..
Masa datang ofis tadi terasa mcm jalan raya ni lain macamja. Punyala lengang. Best gila, kalau ari2 cmtu kan best. Tapi haruskah??? memang takla..
Bosan plak bila dtg ofis tp dah xramai penghuni. Sunyi sepi. Mood nak buat keja dah xda. Ingat nak balik ja ni. Kalaulah boleh halfday.. hehe..
Jiran sebelah kiri aku masih ada tp dr tadi asyik mengantuk, mengantuk dan mengantuk. haha.. Jiran sebelah kanan aku plak dah cuti. Napala diorg ni cuti awal2. Xsemangat nak keja langsung. Ce jadi mcm aku.. Patut jadi pekerja contoh. (kalau cuti banyak aku pun nak cuti gak wei... huk huk..) Xpe2, kita simpan cuti utk lepas raya ek. okey..
Semalam terbuat kuih raya dengan suami aku. Macam kelakar plak. Tiba2 je kan. Mana dtg mood nak buat kuih raya tah. Tapi.. kuihnya cuma.... Cornflakes maduja.. hehe.. Mula2 aku yang bersemangat, setengah jam kemudian.. suami aku yang sibuk kat dapur. Tiba2 aku boleh duk dlm bilik packing baju lak. huhu.. sori ye.. terambil kesempatan di atas kerajinanmu.. hehe..
Apapun, sebelum balik kampungni aku ingin sangat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Semoga raya tahun ni sangatlah bermakna buat semua ye.. Berhati2 lah semasa memandu dan ingatlah org yang tersayang yang sedang menunggu di Kampung tu.. Dah terbayang2 ketupat plak. ops.. ok.. Byeeee... Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment