27 August 2012

Cerita Hari Raya Pertama..

Hari ni hari first kerja selepas seminggu bercuti hari raya.. malas giler. pagi tadi bangun rasa mcm nak apply cutija. Nasib baikla hari ni ada appointment dgn klinik presint 9. Kalau x, mesti aku tercuti lagi. hehe. Nak wat canner, cuti lama sangat. Balik Penang lak tu. Masuk2 Putrajaya tengok bangunan kerajaan.. aduyai.... lomah rasanya.

Apapun, aku dah selamat kat ofis dah. Nampaknya ofis masih kosong. Masih ramai yang bercuti.. ada yang EL.. ada yang MC.. hmm.. maknanya bukan aku srglah yang ada rasa mls2 gitu.. huhu.

Tahun ni kan tahun pertama aku beraya bersama suami. Hampir seminggu kat Penang tu.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Tapi yang x ok nya masa perjalanan balik terlalulah panjang.. Xpernah balik kampung sampai 12 jam. Sampai lenguh2 husband aku.. Buktinya..


kikiki..

Selalunya balik kampung awal, so sempatla tlg kemas2 rumah. Tapi kali ni balik sehari sebelum raya. Semua dah COMPLETED.. So... goyang kakijala jawabnya. cuma, pagi raya tu tolong isikan kuih raya dalam bekasja. huhu.

Aktiviti kali ni berbeza sedikit. Memandangkan tahun ni tetamu xramai petang raya tu kitorang dah beraya di rumah tok kat Pokok Sena.. Biasanya malam baru ke sana, siang cuma tunggu tetamuja. Aku pun xtau napa tahun ni tetamu xramai termasuklah budak2. Agaknya budak2 sekarang dah malas kutip duit raya kot. Yela, zaman dah berubah. Mungkin duk rumah layan astro lebih baik kot.. Suasana raya pun dah xsemeriah dulu2.. Apapun, ni je lah aktiviti kitorang sefamily di hari pertama raya.


Ni kakngah dgn mak.

Yang depan tu sapa lagi kalau bukan ayah aku.. yang ternganga tu xlain dan xbukan mestila adik aku. Yang berbaju paling ceria tu, sah2 lah kakak sulong aku. baju purple tu.. akula.. hehe. Yang tembam2 baju ijau tu plak suami aku dan yang tudung biru mcm tgh control tu, mak aku.. heheh.. kakngah mana? ops, jurugambar..
Bersalam-salaman di pagi raya. "Mintak ampun banyak2 mak.. ayah..."

ops.. malu plak.. Mintak ampun banyak2 ye En. suami..  

Baju kita xsedondon langsung.. (macam anak dgn ayah pun ada.. hehe)


Inilah mak dan ayahku... Dari atas sampai bwh samaja colour. Romantik. hehe..

Selesai sudah cerita hari pertama di hari raya.. Petang tu kitorng beraya ke rumah tok plak... Tok kitorang namanya Tok Piah.. :-)

No comments: