30 March 2012

Aku dan Teh o.

                     
Dalam banyak2 air di dunia ni, kenapa aku memilih teh o sebagai air kegemaranku? Entahlah.. sukar untuk menjelaskan. Apa yang pasti, aku sering mengoferkan diriku teh o atau teh o ais jika makan di mana2 restoren.. cafe.. gerai.. dsbnya.. Cuma ada lah sekali sekala aku makan sambil diiringi sirap, laici dan air minuman lain selain teh o.

Kalau di rumah pula, teh  o akan menjadi hidanganku terutamanya waktu bersarapan pagi. kenapa teh o? sekali lagi aku katakan bahawa aku tidak tahu jawapannya. aku tidak tahu apa keistimewaan dan keburukan teh o.. apakah ia baik untuk kesihatan atau boleh memudaratkan kesihatan jika pengambilannya berlebihan?

hurmm.. macam nilah.. aku baharu saja google tentang kebaikan teh.. rupanya teh memang berkhasiat. Hampir terlupa aku bahawasanya teh dijadikan sumber ubat-ubatan sejak zaman dulu lagi. Ia berkhasiat sebagai penawar dan dapat pula mencegah penyakit. Teh o juga dapat menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dengan meminum teh o panas, dalam masa 9 minit, suhu tubuh boleh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius. Berita baik untuk mereka yang ingin diet kerana teh o boleh menurunkan berat badan dan berita baik untuk semua, minum teh o dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.. So secara tak langsung dapatlah kita menjaga kecantikan masing2..

Aku mula terpengaruh dengan teh o sejak kecil lagi kerana tok dan ayah aku peminat setia teh o.. Kira macam keturunan jugalah ni ye.. yeke?? Tapi aku tiba2 terfikir kenapa badan aku slimja dari dulu sampai sekarang. Rupanya teh o tu kan sesuai bagi yang ingin berdiet.. haruslah aku? hehe...

1 comment:

Reena Kamarudin said...

kalau gitu aku pun nak minum teh o je lah. tapi asyik kentot la pulak nanti. hahahaha