18 May 2012

Seindah Sakura Akasia TV3 OST - Buatku Di Sana (Mafa ft Ronnie OIM)

Tv3 jam 7 malam, drama Seindah Sakura betul2 telah menyentuh jiwaku. Kini aku adalah salah seorang penonton setia drama arahan Zul Huzaimi ini lakonan Fasha sanda (shaqira) dan Fahrin Ahmad (Cikgu Aril). Sekiranya aku berada di tempat Shaqira, pastinya aku dapat merasakan kesedihan yang dialaminya sejak kecil, lakonan (Eryna)..
Aku bukanlah peminat Fahrin Ahmad, tetapi lakonannya dalam drama ini agak boleh tahan.. tambahan pula apabila wataknya digandingkan bersama pelakon faberet aku iaitu Fasha Sanda.. (aku suka lakonan dia.. )
Ok.. cerita sikit ye.. Shaqira tinggal bersama ibu (Sherly Merlis)  dan oyangnya (Ruminah Sidek/Mak Mah)  dalam keadaan yg sangat daif.. (tanpa ayah).  Shaqira selalu dibuli oleh rakan lelaki sebayanya.. sebab dia org miskin. Selepas balik  dari sekolah, Shaqira akan mengambil upah siang ikan.. dengan duit tu, dia akan simpan dan bantu ibunya menyara keluarga mereka. Ibunya pula, seringkali dimarahi oyangnya kerana kata oyangnya ibu Shaqira tidak pandai menjaga maruah diri. Orang kampung sering beranggapan ibu Shaqira cuba merampas suami org.. sedangkan itu semua hanyalah fitnah. Hanya Shaqira yang memahami hati ibunya. Suatu hari, ibunya telah berkenalan dengan seorang lelaki cina. Itu pun menjadi buah mulut orang kampung. Akibatnya, ibu Shaqira tidak sanggup lagi tinggal di kampung tersebut lalu membuat keputusan untuk mengikut lelaki cina itu ke bandar.. Terpaksa meninggalkan Shaqira. Dia berjanji akan menghantar duit kepada Shaqira setiap bulan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oyangnya bertambah marah dengan sikap ibu Shaqira. Setiap hari Shaqira menangis menunggukan kepulangan ibunya namun, harapan hanya tinggal harapan.. Kehidupan Shaqira dan oyangnya bertambah susah...  Hanya bubur yng menjadi makanan seharian. Pernah juga Shaqira mencuri sisa makanan di kedai makan dan meminta roti yang telah expired tarikhnya  dari sebuah kedai runcit untuk mengalas perut. Kasut sekolahnya juga adalah kasut terpakai yang dijumpai di dalam longgokan sampah yang saiznya lebih besar dari kaki Shaqira.. so sad…
Di sekolah, dia dikatakan seorang pelajar bermasalah terutamanya apabila muncul cikgu baru di sekolah tersebut iaitu cikgu Aril. Cikgu Aril sangat taksub pada disiplin. Dia beranggapan Shaqira adalah sama seperti pelajar2 degil dan biadab di bandar tanpa menyiasat latar belakang Skaqira terlebih dahulu.. Setiap hari ada sahaja kesalahan yang Shaqira lakukan antaranya tidak menyiapkan kerja sekolah. .  Ramai cikgu telah menasihati cikgu Aril bahawa jangan terlalu tegas terhadap pelajar2 terutamanya Shaqira. Mereka faham bahawa Shaqira adalah seorang pelajar miskin. Namun, cikgu Aril sedikitpun tidak mempedulikannya kerana baginya cikgu2 di sekolah tersebut tidak pandai mendidik anak murid. Dia juga sering mendenda Shaqira termasuklah berlari 3 pusingan di padang sekolah sehingga mengakibatkan Shaqira jatuh pengsan. Tapi, baginya itupun adalah salah satu lakonan semata2..
Bila agaknya dia akan membuka matanya untuk mengenali Shaqira yang sebenar? Sama2lah kita menyaksikannya ye… hehe…
Psssttt… sori kalau ada yang tersalah.. aku just penonton..  semua ni ikut kefahaman aku je..  apapun ini adalah video ost seindah sakura nyanian Ronie dan Mafa yang bertajuk Buatku Disana. Sekian, terima kasih..

11 May 2012

sf beauty dan aku..

 

<>
 krim siang
</></></>
sabun pencuci muka
 Dalam banyak2 krim, krim sf beauty ni lah yg paling sesuai dengan kulit muka aku (di pakai dengan sebun pencuci muka sekali). sejak akak aku perkenalkan pada aku krim ni, aku xpernah lagi tukar krim lain. memang selesa and puas hati.

Dah dekat 2 tahun kot aku jd pelanggan tetap sf beauty. Tapi seingat aku, masa mula2 dulu, krim ni belum ada nama lg. Klau org tnya, aku pun tak tau nak jwb krim apa yg aku pkai nih . bekas dia pun ksgja tanpa apa2 tulisan dan gambar tp skrg dah ada nama n bekas yang cantik.

Apapun, Alhamdulliah krim ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tapi, setahu aku krim ni tidak ada di jual di mana2 kedai atau salon kecantikan. so, kenala oder kalau dah nak habis. tapi yang bestnya tentang krim ni, kdg2 aku pkai hampir 2 bulan tak habis2.. nampak mcm skit, tapi tak perlu guna banyak pun.. calit skitja dah cukup. hehe..

Kesimpulannya, aku akn terus pkai krim ni, pakai dan terus pakai.. (cewah, macam testimoni la plak. hehe..)

Malas aku nak bercerita banyak tentang krim ni sbb aku bukan pengedarnya pun. Cuma sekadar ingin berkongsi je.. huhu.. Bak kata org, jangan kedekut ilmu.. eh, Ilmu ke ni? :-P

09 May 2012

sambal tumis petai dan aku..



Apakah nama masakan ini? Tipula kalau ada yang xtau. ini lah sambal tumis petai yang menjdi febret ku sepanjang bergelar manusia. Tapi, masa baby tu xtaula dah suka ke belum.

Terliur plak rasanya bila tengok gambar ni. Rasa macam nak makan sekarang jugak walaupun dah kenyang. Kalau balik kampung, ayah selalu belikan petai untuk aku sebab dia tahu anak dia ni memang gila petai. tak dapat sambal petai, ulam petai pun boleh.

Camna nak masak sambal petai ni ek.. Kalau ikut aku simpleja.. hehe.. mula-mula aku akan:
  • bersihkan udang dulu.. (mestila basuh dulu kan..) Lepas tu aku akan:
  • panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bawang yang telah dihancurkan. lepas tu aku akan:
  • masukkan 1 cawan air. kacau-kacaukanlah. Lepas tu aku akan:
  • masukkan satu mangkuk air asam jawa, gula, garam dan kacau lagi. Lepas tu aku akan:
  • masukkan petai dan biar sekejap, xpayah lama2 sangat kot. Lepas tu aku akan:
  • masukkan udang. Lepas tu akhir sekali aku akan:
  • hidang dan makan.. hehe
Dah siap pun sambal tumis petai aku.. (dalam mimpi).. Ngeeeee..

07 May 2012

Hyundai Sonata dan aku..


Wah... Hyundai Sonata yang cun melecun.. Bila lah agaknya leh jadi milik aku ni.. hehe.. Kalau dalam mimpi, malam ni pun boleh.


Dah berapa kali aku terserempak dengan DIA di sekitar Putrajaya ni. Sapala ownernya ek. RM130k ke ats dalam tangan lah kan.. Dah macam Honda Accord pun ada rupa si Sonata ni. Aku pun xpasti mana lebih besar. Sebab dua2 pun aku tak pernah naik lagi, drive apatah lagi. hehe..

    
Accord

Sonata

Nasib baik tak mengidam nak beli DIA. Kalau tak, habis tanah ayah, tok, nenek aku jual.. haha.. ish.. melalut plak. dengar ayah aku maunya kena penyangkul kepala kot. takmolah..



Tengah bayangkan sedang memandu Hyundai Sonata.. sejuknya.. nyaman.. wangi... arghhh tenangnyaaaa..  kikiki.. Jangan perasanlah. awak tu mampu pakai kancil je tau tak!. huhu..