09 January 2013

My Nur Arissa Arfa

Hari ni xnak ckp aku2 lg dah. nak bahasakan nama Linda plak. hehe, gatai jap.  

ok, bleh mula..

Kdg2 mcm xcya ja Linda ni da ada anak. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan 2 minggu dah. 17 aribulan ni cukup 4 bulan. So, kena g checkup lg. Masa lahir dulu berat badan dia cuma 2.79 ja. tp skrg dah 5.1. Klau g shoping mmg kena bwk stroller. Dulu bkn main ckp xnak beli stroller sbb membazir. skrg.. heheh. Tau pun xlarat nak dukong. Setakatni Linda bagi dia susu badan lg, skali skala ja cmpur susu formula. pampers pun dah pkai saiz M. baju new born dia dah xleh pkai. seb baik xbeli bnyak2. Xlama lagi Arissa mesti rapat dgn atok dia (pak mertua Linda), sbb atok da pencen so atok nak jga dia. ari2 berulang dr presint 9 ke presint 16. smpaija presint 16, atok dia da tggu kat bwh. linda skrg da xdrive sbb husband antar. balik sama2 trus g presint 16 utk amik arissa, selalunya lepak mkn2 dulu br blk rumah. Rilek nmpak, xpyh masak. amboi amboi amboi...  

Arissa br ja blajar2 meniarap. kbnyakan bdk sebaya dia dh pndai meniarap. tp xpelah, kita usaha lg ye. mls nk push dia, biar dia wat sendiri. Dulu, Linda xberapa suka baby, tp bl dah ada anak sndri br terasa nikmatnya. Skrg bila nampak budakja tersenyum srg2, mcm syok sendiri plak. 

Sian tok n tokwan dia kat kampung (penang) tuh, mesti rindu gila ngn Arissa. Duk jauh ni, jarang2 la dpt jumpa ye. Linda ingat nak kerap skit blk kg, tkt nnt Arissa xkenal diorg plak. Nggeee..Alasan nak blk kg.


Nur Arissa baru 2 bulan lbh masa ni. Sebenarnya dia xleh pegang lg menatang kat tgn dia tu sbb keras. takut jgk dia baling terkena muka dia. tp sj Linda try bg dia, xsangka plak dia amik. huhu..



Hari pertama di HKL. Masa tu sgtlah baik, xnangis lgsung. keja tido ja. upanya dia kena kuning. 3 ari kna tahan wad. buktinya...

"
"
"
"

hehe.. sian Arissa. 

Lepas ni Linda akan update lg gambar2 Arissa mengikut perkembangan dia dr masa ke semasa. 
Love u Arissa....                   eh....             Love Abh Arissa too.... :-P



 

08 January 2013

aku rindu bebudak admin

yuhooo.. im back.. rindula nak mnulis blog. almaklumlah, lepas bersalinja trus da xjenguk2. sian blog aku. seb baik idup lagi. k lah, mulai arini aku akan aktifkan blk penulisan aku yg xseberapa ni ye. apapun aku ucapkan tahniah utk diri aku sendiri sbb dah dpt baby girl.. comel sgt2.. kalau ada yg ckp anak aku xcomel, ada aku ksh! amboi2.. ctk bahasa.. comel ke xcomel ke dia tetap anak aku kan kan. 

Dan satu lagi, lepas smggu ja msuk keja aku da kena tukar bahagian. sob sob.. sedihnya. dari khidmat pengurusan aku ke bahagian pengambilan guru plak. cayok2, keja baru semangat pun kena baru k. heheh.. sedih aku bila dh xleh kwn dgn nora, reena, kak ina, wati, syafiera, en. syuk, cc midah, sharil, cc ani, daisy dll.. "mcm jauhja ko pindah..bwh je kot. poyo semua ni!! :-P " Dayang i xtulis nama u sbb u pun kena trun bwh jgk nnt. kikiki.. jumpa kat bwh ye dayang.

Arini masuk ari ke 6 aku di bahagian pengambilan guru (termasuk sabtu dan ahad). tempat ni agak enjoy n riuh rendah.  mmg berbezala dgn admin tp still rindu admin.. sob sob skali lg.. ala, mcm xbiasa ja pindah memindah ni. amik masa skit la nak mesra mesri. sopan santun gitu. kau ada. 

Apapun, aku mintak maaf bebanyak dgn semua kwn2 aku di admin klau selama ni aku da wat diorg sakit ati n aku ucapkan bebanyak tima kasih kat diorg sbb hepi join diorg walaupun xlama. sob sob sob lagi.. Assalamualaikum... mmmuuaahh...

13 September 2012

35 minggu

Usia kandungan sudah mencecah 35 minggu. Maknanya dah nak dekat la tu.. Tiba2 rasa mcm takut lak. Harap2 semua urusan akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.. Amin.. Barang2 baby pun aku dh prepair dlm keta siap2. Tu nasihat doktor supaya tak kalut nanti. Tapi aku just letak brg2 yang pentingja dulu. antaranya:

-Baju baby 4 pasang
-Barut
-Sarung kaki dan sarung tangan 2 pasang
-pampers
-Tuala
-Tisu basah/ Wet Tissue
-Bedak/ losyen
-Kain Napkin/Bedung
-Barang2 aku sendiri.. hehe

Kalau xckup nanti pandai2 lah husband aku ulang alik rumah amik apa yang patut. Semua aku dah sediakan kat rumah tu. Cuma xnak letak dlm keta lg. wat penuh keta ja. Bukan nak guna semua pun kan kat spital tu nanti.

waktu 28 minggu ari tu aku da g scan kat klinik jamaeton, pinggiran putra tu. tapi sayangnya, xdpt tgk girl or boy. Agaknya dia nak kasi surprise skit kot. Xpelah, biarlah rahsia.. hehe.. Skrgni, seminggu 2x kena g check up kat klinik kesihatan presint 9 tu. HB very low. risau jugak. doktor kata, risiko agak tinggi kalau HB rendah. so doktor nasihatkan aku supaya makan bnyak sayur bayam, daging merah, ikan isi kalau xsilap aku mcm ikan tongkol and ikan sardin tu kot. tapi aku xamalkan pun. kurang selerala apa yg doktor suruh makan tu. lepas tu doktor terpaksa bagi aku iberate folic. aku amik sehari sekali, kdang2 2x sehari. skrang Alhamdulillah, ada improvement skit. HB dah mula naik. walaupun xbnyak tp ok la dari xnaik langsung. "Tul x?".

Selasa depan ada check up lagi. jgn lupa minta surat pengesahan dari doktor. aku nak apply 3 bulan cuti bersalin. rasa mcm lama. tp org mcm aku, lagi lama lagi suka. kalau ada 4 bulan, 4 bulan aku amik. melampau btul. xpela, anak first kan. bak kata org, "baru2 nak blajar".. heheh. padahal org dulu2 cuti bersalin xsampai 2 bulan pun. org skarang manja.. (termasukla aku).

Apapun, tiap2 ari aku berdoa agar Tuhan memudahkan segala urusanku nnt. Tipula kalau xrisau kan. Apa yg perlu, tawakal ja pada yg Esa. Semoga semuanya selamat. Amin..

27 August 2012

Cerita Hari Raya Pertama..

Hari ni hari first kerja selepas seminggu bercuti hari raya.. malas giler. pagi tadi bangun rasa mcm nak apply cutija. Nasib baikla hari ni ada appointment dgn klinik presint 9. Kalau x, mesti aku tercuti lagi. hehe. Nak wat canner, cuti lama sangat. Balik Penang lak tu. Masuk2 Putrajaya tengok bangunan kerajaan.. aduyai.... lomah rasanya.

Apapun, aku dah selamat kat ofis dah. Nampaknya ofis masih kosong. Masih ramai yang bercuti.. ada yang EL.. ada yang MC.. hmm.. maknanya bukan aku srglah yang ada rasa mls2 gitu.. huhu.

Tahun ni kan tahun pertama aku beraya bersama suami. Hampir seminggu kat Penang tu.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Tapi yang x ok nya masa perjalanan balik terlalulah panjang.. Xpernah balik kampung sampai 12 jam. Sampai lenguh2 husband aku.. Buktinya..


kikiki..

Selalunya balik kampung awal, so sempatla tlg kemas2 rumah. Tapi kali ni balik sehari sebelum raya. Semua dah COMPLETED.. So... goyang kakijala jawabnya. cuma, pagi raya tu tolong isikan kuih raya dalam bekasja. huhu.

Aktiviti kali ni berbeza sedikit. Memandangkan tahun ni tetamu xramai petang raya tu kitorang dah beraya di rumah tok kat Pokok Sena.. Biasanya malam baru ke sana, siang cuma tunggu tetamuja. Aku pun xtau napa tahun ni tetamu xramai termasuklah budak2. Agaknya budak2 sekarang dah malas kutip duit raya kot. Yela, zaman dah berubah. Mungkin duk rumah layan astro lebih baik kot.. Suasana raya pun dah xsemeriah dulu2.. Apapun, ni je lah aktiviti kitorang sefamily di hari pertama raya.


Ni kakngah dgn mak.

Yang depan tu sapa lagi kalau bukan ayah aku.. yang ternganga tu xlain dan xbukan mestila adik aku. Yang berbaju paling ceria tu, sah2 lah kakak sulong aku. baju purple tu.. akula.. hehe. Yang tembam2 baju ijau tu plak suami aku dan yang tudung biru mcm tgh control tu, mak aku.. heheh.. kakngah mana? ops, jurugambar..
Bersalam-salaman di pagi raya. "Mintak ampun banyak2 mak.. ayah..."

ops.. malu plak.. Mintak ampun banyak2 ye En. suami..  

Baju kita xsedondon langsung.. (macam anak dgn ayah pun ada.. hehe)


Inilah mak dan ayahku... Dari atas sampai bwh samaja colour. Romantik. hehe..

Selesai sudah cerita hari pertama di hari raya.. Petang tu kitorng beraya ke rumah tok plak... Tok kitorang namanya Tok Piah.. :-)

17 August 2012

Rayaaaa...


Malam ni aku akan bertolak blk ke Penang bersama suami. Tahun pertama beraya bersama suami.. hehe.. Memang terasa kelainannya sbb tiap2 tahun blk kampung dgn kakak tiba2 tahun ni lain plak. Harap2 taklah jem sgt mlm ni sbb pada andaian aku ramai yg dah blk kmpung. Tapi... huhu.. Tengokjalah nnt kan. (haruslah jem syg oi..) Tak sabar plak rasa nak balik. Tapi arini kena kerja lagi sbb cuti xberapa nak cukup. Tula, sapa suruh xnak simpan cuti. padan muka..

Masa datang ofis tadi terasa mcm jalan raya ni lain macamja. Punyala lengang. Best gila, kalau ari2 cmtu kan best. Tapi haruskah??? memang takla..

Bosan plak bila dtg ofis tp dah xramai penghuni. Sunyi sepi. Mood nak buat keja dah xda. Ingat nak balik ja ni. Kalaulah boleh halfday.. hehe..

Jiran sebelah kiri aku masih ada tp dr tadi asyik mengantuk, mengantuk dan mengantuk. haha.. Jiran sebelah kanan aku plak dah cuti. Napala diorg ni cuti awal2. Xsemangat nak keja langsung. Ce jadi mcm aku.. Patut jadi pekerja contoh. (kalau cuti banyak aku pun nak cuti gak wei... huk huk..) Xpe2, kita simpan cuti utk lepas raya ek. okey..

Semalam terbuat kuih raya dengan suami aku. Macam kelakar plak. Tiba2 je kan. Mana dtg mood nak buat kuih raya tah. Tapi.. kuihnya cuma.... Cornflakes maduja.. hehe.. Mula2 aku yang bersemangat, setengah jam kemudian.. suami aku yang sibuk kat dapur. Tiba2 aku boleh duk dlm bilik packing baju lak. huhu.. sori ye.. terambil kesempatan di atas kerajinanmu.. hehe..

Apapun, sebelum balik kampungni aku ingin sangat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua kengkawan yang mengenali diriku ini. Semoga raya tahun ni sangatlah bermakna buat semua ye.. Berhati2 lah semasa memandu dan ingatlah org yang tersayang yang sedang menunggu di Kampung tu.. Dah terbayang2 ketupat plak. ops.. ok.. Byeeee... Assalamualaikum..

02 August 2012

cerita raya dulu-dulu

Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu kita menyambut Ramadan kan.. Maknanya dah nak raya la ek.. Cewah, buat2 tanya lak.. Bukan sengaja nak tnya, tapi macam xpercaya ja sebab persiapan raya apapun belum buat lagi. Nant last minit baru terhegeh-hegeh nak cari baju rayala, kuih rayala, macam2 raya lagi lah..

Tapi bila dah makin dewasa ni, makin xterasa lak rayanya. Rindu raya zaman kanak2 dulu. lagi seminggu nak raya pun dah try baju and kasut raya. Selagi xraya, selagi tu lah duk menerai. hehe.. Beli awal2 sbb bila dah nak dekat raya mak sibuk dgn kuih raya, ketupat, langsir.. Lepas tu benda paling penting untuk beraya ialah.. jeng.. jeng.. jeng.. beg.. Ala, beg yang ada tali tu. untuk isi duit raya.. siap ada gambar katun2 gitu. Dulu suka sangat beli yang warna merah. cantik.

Dulu banyak dapat duit syiling, (ada yang bagi 20 sen, 30 sen, 40 sen, 50 sen.. tapi sekarang, seringgit pun dah rasa mcm kedekut bebenor. huhu.. Zaman dah berubah..) Dah penat beraya, balik rumah jap, sambil2 tu kira la duit raya. Pastu petang, kawan2 ajak beraya lagi, tapi kali ni jauh sikit. Naik basikal plak. Tah mana2 kampung tah.. Bila dah penat, acik suruh makan kuih pun xnak. duduk xsampai seminit, pastu cakap nak balik dah. So, dapatla duit raya. Macam tu la seterusnya. Tapi sekarang, kalau tgk budak2 datang semata2 nak duit rayaja rasa mcm nak marahja. Padahal diri sendiri pun sama gak dulu2 tu.. Lupa la tu. Tahun ni agak2 dapat duit raya lagi x? heheh..

Tahun ni rasa mcm teringin nak buat kuih raya sendirija. Tapi kuih apaja yang aku boleh buat. Hmm, resepi kan banyak. Copyja kat tenet tu, pastu balik try la kan. Manala tau, tb2 menjadi. wah.. angan2 bukan main lagi ye. Bahan2 pun xbeli lagi. Takpe, Encik Aimy kata nak tolong. Dia xtolong, siap dia.

Raya tahun ni, nak besederhana ja. Almaklumlah, xlama lagi nak sambut org baru. Kena la berjimat cermat kan. Dah tak boleh fokus untuk rayaja.

Apapun, ini adalah tahun pertama beraya bersama suami. Balik Penang lak tu. Wah, ni yang syok ni. Tahun depan? erm.. Xpayah pikir lagi lah. hmm, ok lah. Tiba2 rasa ngantuk lak. sempat lagi x nak tido jap. zzzzzzzzzzz

20 July 2012

Ramadan tiba lagi..

Esok, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak.. Adakah anda sudah bersedia? Cewah, mcm lebih kurang tajuk ceramah pagi td ja.. Apapun, aku nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua rakan2, mak ayah, seluruh keluarga, keluarga mertua dan sesiapa saja yang mengenali diri ini.. Selamat Berpuasa..

Memandangkan puasa hanya setahun sekali ja. mesti ada yang terlupa mcmmana nak niat puasa kan.. okey... begini ye niatnya..


Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Di bulan puasa ni eloklah kita perbanyakkan bacaan al-quran, melewatkan waktu sahur tapi jgn melewatkan waktu berbuka puasa, paling elok berbuka dengan kurma dan air zam2ja (kalau adala), tapi bolehkah?? hehe.. kalau tak bolehpun, buka ala kadarja la kan.. jgn lupa solat terawih dan memperbanyakkan sedekah..
 
Di sini, aku nak kongsi sikit perkara2 yang berkaitan dengan puasa ye.. iaitu:

perkara2 makruh puasa
  • berkumur-kumur dengan keterlaluan
  • merasa makanan dengan lidah
  • bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  • memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  • gosok gigi setelah gelincir matahari
  • mencium isteri
  • menderma darah
perkara2 batal puasa
  • makan dan minum dengan sengaja
  • mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • melakukan persetubuhan
  • gila walaupun sebentar
  • murtad
  • berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Perkara2 yang tidak membatalkan puasa
  •  Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  •  Bersuntik
  •  Tidur walaupun sepanjang hari
  •  Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  •  Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

 Eh, lafaz niat puasa ja.. lafaz niat buka puasa xda ke? urm.. ada... macam ni k.. (mcm mengajar bdk2 lak)..
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

ok, sekian sahaja pelajaran kita tentang puasa.. kalau ada salah dan silap tu mohon maaf lah ye.. hehe.. sejak bila plak aku jadi ustazah ni.. xkisahlah, janji aku just nak berkongsija kan..

Sekali lagi, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam... Assalamualaikum..





18 May 2012

Seindah Sakura Akasia TV3 OST - Buatku Di Sana (Mafa ft Ronnie OIM)

Tv3 jam 7 malam, drama Seindah Sakura betul2 telah menyentuh jiwaku. Kini aku adalah salah seorang penonton setia drama arahan Zul Huzaimi ini lakonan Fasha sanda (shaqira) dan Fahrin Ahmad (Cikgu Aril). Sekiranya aku berada di tempat Shaqira, pastinya aku dapat merasakan kesedihan yang dialaminya sejak kecil, lakonan (Eryna)..
Aku bukanlah peminat Fahrin Ahmad, tetapi lakonannya dalam drama ini agak boleh tahan.. tambahan pula apabila wataknya digandingkan bersama pelakon faberet aku iaitu Fasha Sanda.. (aku suka lakonan dia.. )
Ok.. cerita sikit ye.. Shaqira tinggal bersama ibu (Sherly Merlis)  dan oyangnya (Ruminah Sidek/Mak Mah)  dalam keadaan yg sangat daif.. (tanpa ayah).  Shaqira selalu dibuli oleh rakan lelaki sebayanya.. sebab dia org miskin. Selepas balik  dari sekolah, Shaqira akan mengambil upah siang ikan.. dengan duit tu, dia akan simpan dan bantu ibunya menyara keluarga mereka. Ibunya pula, seringkali dimarahi oyangnya kerana kata oyangnya ibu Shaqira tidak pandai menjaga maruah diri. Orang kampung sering beranggapan ibu Shaqira cuba merampas suami org.. sedangkan itu semua hanyalah fitnah. Hanya Shaqira yang memahami hati ibunya. Suatu hari, ibunya telah berkenalan dengan seorang lelaki cina. Itu pun menjadi buah mulut orang kampung. Akibatnya, ibu Shaqira tidak sanggup lagi tinggal di kampung tersebut lalu membuat keputusan untuk mengikut lelaki cina itu ke bandar.. Terpaksa meninggalkan Shaqira. Dia berjanji akan menghantar duit kepada Shaqira setiap bulan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oyangnya bertambah marah dengan sikap ibu Shaqira. Setiap hari Shaqira menangis menunggukan kepulangan ibunya namun, harapan hanya tinggal harapan.. Kehidupan Shaqira dan oyangnya bertambah susah...  Hanya bubur yng menjadi makanan seharian. Pernah juga Shaqira mencuri sisa makanan di kedai makan dan meminta roti yang telah expired tarikhnya  dari sebuah kedai runcit untuk mengalas perut. Kasut sekolahnya juga adalah kasut terpakai yang dijumpai di dalam longgokan sampah yang saiznya lebih besar dari kaki Shaqira.. so sad…
Di sekolah, dia dikatakan seorang pelajar bermasalah terutamanya apabila muncul cikgu baru di sekolah tersebut iaitu cikgu Aril. Cikgu Aril sangat taksub pada disiplin. Dia beranggapan Shaqira adalah sama seperti pelajar2 degil dan biadab di bandar tanpa menyiasat latar belakang Skaqira terlebih dahulu.. Setiap hari ada sahaja kesalahan yang Shaqira lakukan antaranya tidak menyiapkan kerja sekolah. .  Ramai cikgu telah menasihati cikgu Aril bahawa jangan terlalu tegas terhadap pelajar2 terutamanya Shaqira. Mereka faham bahawa Shaqira adalah seorang pelajar miskin. Namun, cikgu Aril sedikitpun tidak mempedulikannya kerana baginya cikgu2 di sekolah tersebut tidak pandai mendidik anak murid. Dia juga sering mendenda Shaqira termasuklah berlari 3 pusingan di padang sekolah sehingga mengakibatkan Shaqira jatuh pengsan. Tapi, baginya itupun adalah salah satu lakonan semata2..
Bila agaknya dia akan membuka matanya untuk mengenali Shaqira yang sebenar? Sama2lah kita menyaksikannya ye… hehe…
Psssttt… sori kalau ada yang tersalah.. aku just penonton..  semua ni ikut kefahaman aku je..  apapun ini adalah video ost seindah sakura nyanian Ronie dan Mafa yang bertajuk Buatku Disana. Sekian, terima kasih..

11 May 2012

sf beauty dan aku..

 

<>
 krim siang
</></></>
sabun pencuci muka
 Dalam banyak2 krim, krim sf beauty ni lah yg paling sesuai dengan kulit muka aku (di pakai dengan sebun pencuci muka sekali). sejak akak aku perkenalkan pada aku krim ni, aku xpernah lagi tukar krim lain. memang selesa and puas hati.

Dah dekat 2 tahun kot aku jd pelanggan tetap sf beauty. Tapi seingat aku, masa mula2 dulu, krim ni belum ada nama lg. Klau org tnya, aku pun tak tau nak jwb krim apa yg aku pkai nih . bekas dia pun ksgja tanpa apa2 tulisan dan gambar tp skrg dah ada nama n bekas yang cantik.

Apapun, Alhamdulliah krim ni ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tapi, setahu aku krim ni tidak ada di jual di mana2 kedai atau salon kecantikan. so, kenala oder kalau dah nak habis. tapi yang bestnya tentang krim ni, kdg2 aku pkai hampir 2 bulan tak habis2.. nampak mcm skit, tapi tak perlu guna banyak pun.. calit skitja dah cukup. hehe..

Kesimpulannya, aku akn terus pkai krim ni, pakai dan terus pakai.. (cewah, macam testimoni la plak. hehe..)

Malas aku nak bercerita banyak tentang krim ni sbb aku bukan pengedarnya pun. Cuma sekadar ingin berkongsi je.. huhu.. Bak kata org, jangan kedekut ilmu.. eh, Ilmu ke ni? :-P

09 May 2012

sambal tumis petai dan aku..



Apakah nama masakan ini? Tipula kalau ada yang xtau. ini lah sambal tumis petai yang menjdi febret ku sepanjang bergelar manusia. Tapi, masa baby tu xtaula dah suka ke belum.

Terliur plak rasanya bila tengok gambar ni. Rasa macam nak makan sekarang jugak walaupun dah kenyang. Kalau balik kampung, ayah selalu belikan petai untuk aku sebab dia tahu anak dia ni memang gila petai. tak dapat sambal petai, ulam petai pun boleh.

Camna nak masak sambal petai ni ek.. Kalau ikut aku simpleja.. hehe.. mula-mula aku akan:
  • bersihkan udang dulu.. (mestila basuh dulu kan..) Lepas tu aku akan:
  • panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili dan bawang yang telah dihancurkan. lepas tu aku akan:
  • masukkan 1 cawan air. kacau-kacaukanlah. Lepas tu aku akan:
  • masukkan satu mangkuk air asam jawa, gula, garam dan kacau lagi. Lepas tu aku akan:
  • masukkan petai dan biar sekejap, xpayah lama2 sangat kot. Lepas tu aku akan:
  • masukkan udang. Lepas tu akhir sekali aku akan:
  • hidang dan makan.. hehe
Dah siap pun sambal tumis petai aku.. (dalam mimpi).. Ngeeeee..